Thursday 26 July 2012

Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM.


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem !
Hari ini merupakan hari yang ke-6 umat Islam berpuasa.


" Wahai orang-orang Yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa "


Alhamdulilah kita masih lagi di beri peluang untuk menunaikan kewajipan Rukun Islam yang ketiga,
Iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.
Aku berharap agar Ramadhan kali ini lebih baik dan penuh dengan pengisian yang bermanfaat.

May this Ramadhan full of Barakah and proximity to Allah.
Insha'Allah.






Wednesday 11 July 2012

Hidup.

Korang perasan tak ape yang kita buat hari-hari ?
Macam ulang benda yang sama je kan ?
Kalau student ; bangun pagi - pergi kelas - makan - buat esaimen,etc - tidur.
Kalau pekerja ; bangun pagi - pergi kerja - makan - tidur.

Am I right ?
Adakah kita dilahirkan untuk jadi robot ?
Semua benda dah ditetapkan atau di program kan.
Tapi sebenarnya hidup lebih dari tu.
Bukan setakat buat macam yang aku mention tadi je.
Kalau nak tau lebih mendalam, korang tengok video neh.




Sekarang mesti korang dah paham kan tujuan kita hidup.
Moga dapat di aplikasi kan dalam hidup kita seharian.

p/s : untuk resolusi dan gambar yang lebih jelas, korang double-click video tu.

SEKIAN.




Monday 9 July 2012

Break.

ASSALAMUALAIKUM


Fyi, sekarang ni aku tengah menghadapi Cuti Musim Panas.
Memang Malaysia tengah musim panas gilerrr sekarang neh.
Terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama boleh skin cancer ye.
* Keluar rumah jangan lupa apply Sunscreen.

 Nur Adrena Qistina

Nur Alya Irdina

Dua bulan kot aku cuti.
seronok tak terkata !
Coursemate aku ada yang ambil shortsem, tapi aku?
HAHA. Malas tahap gaban nak ambil.

Bapa sedang melihat tapak projek.


Senyum :)


Aktiviti Cuti Musim Panas :

  • Jadi pembantu kedai. Berniaga,berniaga dan terus berniaga.
  • Ganti tido yang tak pernah cukup. 
  • Menatap wajah parents aku puas-puas, dapat pahala woo.
  • Online sampai lembam. Takde buffering weyh layan u-tube !
  • Buat kerja-kerja membantu ibu dan ayah. 
  • Memasak . Membeli makanan untuk brekpes.
  • Melayan karenah anak buah aku.
  • Merajinkan diri solat berjemaah di masjid yang jaraknya hanya beberapa meter.


SEKIAN. enjoy your holidays guys. have fun ! 



Bekok.

ASSALAMUALAIKUM


Actually aktiviti berkelah kat Air Terjun Bekok ni dah lama.
Kalau tak silap hujung bulan 4.
Bekok ni terletak di daerah Segamat.
Kira-kira sejam lebih dari Parit Raja,
merentasi daerah Ayer Itam dan Yong Peng.
Terletak jauh pedalaman dikelilingi dengan hutan.
* Penerangan ala rancangan travelog.



Heading to Segamat.
Dipandu oleh En Fadzli yang sangat berhemah.
Menaiki Toyota Angsa.
Berhati-hati di jalan raya.


Bersama geng-geng usrah.
Selamat sampai kat air terjun Bekok.
Semua kakas masak di bawa sekali.
Dah macam nak berkampung dalam tu je.


Bersama zul memunggah barang.
Beliau merupakan housemate aku.


Subhanallah. Indah ciptaan Allah.
Dengan deruan air yang sejuk. Bunyi cengkerik.
Boleh bayangkan? Hilang stres belajar aku.
* Harap-harap takde Virus Leptospirosis.



Pose mengalahkan pelancong asing !
Rase macam taknak balik je.
Picnic yang best sambil merapatkan lagi ukhwah fillah.
Di samping mendekatkan diri dengan ciptaan-Nya yang amat indah.

SEKIAN.




Sunday 8 July 2012

Bersawang.


Assalamualaikum.

Woahh, rasanya dah lama gilerr tak mencoret kat tempat neh !
Kesibukan melanda dibebani dengan tugasan, kuiz dan segala ujian.
Ditambah pula dengan access wifi di kolej yang macam haharemm,
ada masa laju tak menyempat dan sebaliknya.
Hilang selera aku nak menulis warkah kat belog usang neh.



Wednesday 11 April 2012

Senandung Timuran.

It was my second time having journey by train on April 6th 2012.
First time, from Tanah Merah-Jerantut (childhood).
Second time, from Kluang- Kuala Krau (latest).



Train : Senandung Timuran          
Masa bertolak : 2106
Masa sampai   : 0130
Harga : RM 14.00
Gerabak : T8 (hujung sekali, kelas ke-3 OK)




Mutu perkhidmatan yang patut KTMB pertingkatkan bagi keselesaan pengguna :

1. Kualiti tiket yang sangat teruk. Menjadi pudar bila taruk dalam dompet. Adakah untuk taraf kelas KETIGA sahaja? 
2. Kerusi kelas KETIGA yang langsung tidak boleh di ejas untuk turun,naik. How come? Duduk statik sampai ke destinasi yang dituju.
3. Langsung tidak menepati waktu. Masa bertolak 2145, sampai destinasi 0400. 
4. Durasi untuk berhenti di stesen utama terlalu lama, hampir 1jam di stesen Gemas.
5. Ketiadaan pengumuman apabila tiba di setiap stesen. Kalau tidor memang sah2 terlepas sampai ke stesen Tumpat. Damn.
6. Keadaan tren yang agak uzur. Cermin retak? Patot di tukar macam ETS atau Bullet Train di Jepun.



* Tak dapat bayangkan kalau 1st class KTMB camneh. Heaven babe~


p/s : Kelas ketiga = sesuailah dengan harga yang sangatt murah. Admin teringin nak duduk coach kelas pertama. Hoho

Saturday 31 March 2012

Hormat-menghormati

       Kisah sepasang suami isteri yang sedang membeli belah di sebuah pasar raya. Isterinya mengisi ke dalam troli kesemua barang keperluan dapur seperti daging, sayur sayuran,buah buahan, minuman dan segala macam benda.

      Kemudian mereka lalu di lorong yang diisi dengan jus nanas. Lelaki itu amat menyukai jus nanas. Apabila sejenis hidangan itu ditambah dengan jus nanas, kita tidak pastikan apa yang lebih lazat baginya! Sebaik mereka menolak troli di lorong yang penuh dengan jus nanas, dia terus mencapai sebotol jus nanas dari atas rak lalu diletakkan ke dalam troli bersama-sama barang lain.

      Semua ini dilakukan secara spontan. Isterinya ketika itu membelakangkan troli. Apabila dia berpaling dan ternampak botol jus itu berada dalam troli, dia bertanya, " Ini apa?? "
Si suami membalas pendek " Itu jus nanas.. " Isterinya bertanya lagi, " Siapa pula yang meletakkannya ke dalam troli? ''
Lelaki itu keliru dengan soalan itu tetapi menjawab sahaja " Sayalah yang meletakkannya, siapa lagi kalau bukan saya? "
Wanita itu melontar dengan kata-kata sinis, " Kamu ada wang untuk membayarnya?? "

      Tindakan yang seterusnya memang tidak dapat dijangkakan. Wanita itu menyentap botol jus itu lalu menghempaskannya ke lantai. Ribuan serpihan kaca botol itu bersepai. Jus nanas yang bewarna kuning itu membasahi lantai. Dia memandang ke lantai, kemudian melemparkan jelingan tajam ke arah suami, lalu menolak troli menjauhi tempat itu.


       Lelaki itu melangkah keluar dari kedai dan menunggu isterinya di luar sahaja. Apabila isterinya muncul, dia memunggah ke dalam kereta semua barang-barang yang dibeli sambil air matanya membasahi pipi. Kita tidak dapat bayangkan betapa hatinya terluka. Lelaki itu sedar dia tidak mempunyai wang tetapi dia hanya mahukan sebotol jus nanas. Dengan satu tindakan sahaja, isterinya telah menunjukkan kepadanya yang dia tidak dipandang sebagai lelaki.


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak dibolehkan seseorang sujud kepada sesama manusia. Jika dibolehkan sujud kepada sesama manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak suami atas isterinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Bazzar) 

Saturday 25 February 2012

Speechless

Hallo & Pink Saturday


Dah lebih seminggu berada di sini.
Huru-hara jugak r hidup mula2 kat sini.
Cari kelas satu hal, tempat pulak masih asing bagiku.
Ketibas (ketiak basah) di buatnye  *sighs

* Keindahan masjid UTHM


Banyak benda yang kene survive sendiri.
Dah takde orang nak suap bagi semua benda.
Fizikal n mental haruss kuat untuk tempuh semua neh.
Kalau tak, memang ketinggalan jauh r.


 * Library yang ohsem

* Secret garden inside the library


First week, dah habis 2 chapter. pehhh
Memang otak cair aku neh.
Yang paling best, petang jumaat pon ada kelas.
Memang balik time cuti panjang je r gamaknye.
* terasa macam anak derhaka pulak. HOHO



Digital Electronic. Mathematics III. Power System.
Human Physiology. pfffttt !



Monday 13 February 2012

Kesihatan

Fakta yang patut anda tahu dan amalkan selalu :

  • Apabila anda berada di depan komputer selama 3 jam, cuba rehatkan mata dengan menutup mata selama 5 minit. Radiasi dari cahaya komputer boleh menyebabkan keretakan pada retina.



  • Secara statistik payudara wanita sebelah kiri lebih besar berbanding kanan.
  • Anda perlu bersyampu sebanyak 3 kali seminggu bagi mengelakkan rambut menjadi kering.

  • Lelaki yang makan makanan berunsurkan soya kurang 41 juta sperma bagi setiap satu mililiter berbanding lelaki yang tidak mengambilnya. *Soya mengandungi isoflavon yang mirip dengan estrogen dan menurunkan kemampuan sperma*


  • Badan kita memerlukan 46 nutrien setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang optimum selain untuk membantu pertumbuhan, pembangunan dan pemulihan fungsi badan.

Friday 27 January 2012

68th


Jan 23, 2012 - Selamat Hari Lahir Ayah

"semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hidup di dunia dan akhirat.."

  • Terima kasih ayah kerana memberi kami didikan yang sempurna sebagai bekalan hidup di dunia dan di akhirat.
  • Terima kasih ayah kerana memberi kami keselesaan hidup walaupun kami tahu betapa gigihnya untuk ayah memperoleh semua ini.
  • Terima kasih ayah atas kasih sayang yang telah engkau berikan dan curahkan kepada kami selama ini.
  • Terima kasih ayah kerana memberi nasihat ke arah yang lebih baik kepada kami.


*mana lilin?


*macam2 ada

*surprise!!!



*senyum katup mulut.hehe



TERIMA KASIH & SELAMAT HARI LAHIR AYAH.

Thursday 26 January 2012

engagement day + khatam Qur'an


"when you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.."

Pada 22 Jan yang lepas, kakak aku telah selamat bertunang dengan jejaka pilihannya di kediaman kami.
Majlis yang berlangsung dengan gilang-gemilang dihadiri oleh saudara mara serta kenalan rapat sahaja. bertunang je okay. SELAMAT BERTUNANG buat kakakku.



*hamik kau liplapliplap.





Pada sebelah petangnya,telah diadakan majlis khatam Quran beramai-ramai.

*nampak ada NUR disitu.heee

Thursday 12 January 2012

karok okay.

First time dengar lagu neh,best jugak. boleh r nak layan time nak tidur.
Tapi..band mane yg nyanyi lagu neh. klangit? sumpah tak pernah dengar.
mesti band Indon neh.nama pun pelik2.
Lagunya enak bangett dong. moga kalian terus suksess!

Lagu neh ditujukan buat lelaki yang suka main kayu tiga. (diskriminasi gender)
*tak guna punya jantan! berapa ramai betina ko nak.hehe




Let's karaoke

Friday 6 January 2012

air Barley's

...sejak dua menjak ni aku asyik ketagihan nak minum air Barley je.
HAHA. kalau boleh hari2 mesti mau. senang je nak menyediakan air Barley neh.
ikut langkah2 di bawah.


Procedures :


i)   Beli sepeket bijirin Barley di kedai dotdotdot. 80cent je.
     pastikan ada logo HALAL
ii)  Basuh bijirin Barley terlebih dahulu.
iii) Rebus bersama seperiuk air sehingga bijirin Barley menjadi 
     kembang (nak sedaap lagi taruk daun pandan).
iv) Bila bijirin Barley dah kembang, sejukkan ia terlebih dahulu.
v)  Pastu baru minum. jangan lupa letak secubit gula.




Khasiat Air Barley :
  • Menyejukkan badan.
  • Mencegah dan merawat batu karang.
  • Meningkatkan kesihatan buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • Membantu untuk sistem penghadaman.
  • Sesuai diminum untuk orang demam.
  • Memekatkan air mani.




keCELAKAan jalan raya


wah,dah TAHUN BARU 2012. azam tahun baru?
patut difikirkan nanti....

i) Fyi,tahun 2011 aku pernah terpalit dengan kemalangn jalan raya.
berlaku time hari raya haji.pehhh
orang lain sibuk bergembira makan daging korban,
aku lak nyaris terkorban.
dugaan mendatang tanpa kita ketahui.
alhamdulilah,cuma luka sikit2 je.organ dalaman still dapat berfungsi macam biasa.

ii) Kemalangan neh lak melibatkan parents aku.
as stated post sebelum neh.
kerbau langgar bapak aku.
halo,lain kali pandang kiri kanan ye!jangan nak redah je.
kan da jadi camni,sape yang susah?


             hamik kau,kemek teruk belah depan.


p/s: pandulah berhati-hati di jalan raya,ingatlah orang yang tersayang :)