Thursday 26 July 2012

Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM.


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem !
Hari ini merupakan hari yang ke-6 umat Islam berpuasa.


" Wahai orang-orang Yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa "


Alhamdulilah kita masih lagi di beri peluang untuk menunaikan kewajipan Rukun Islam yang ketiga,
Iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.
Aku berharap agar Ramadhan kali ini lebih baik dan penuh dengan pengisian yang bermanfaat.

May this Ramadhan full of Barakah and proximity to Allah.
Insha'Allah.






Wednesday 11 July 2012

Hidup.

Korang perasan tak ape yang kita buat hari-hari ?
Macam ulang benda yang sama je kan ?
Kalau student ; bangun pagi - pergi kelas - makan - buat esaimen,etc - tidur.
Kalau pekerja ; bangun pagi - pergi kerja - makan - tidur.

Am I right ?
Adakah kita dilahirkan untuk jadi robot ?
Semua benda dah ditetapkan atau di program kan.
Tapi sebenarnya hidup lebih dari tu.
Bukan setakat buat macam yang aku mention tadi je.
Kalau nak tau lebih mendalam, korang tengok video neh.




Sekarang mesti korang dah paham kan tujuan kita hidup.
Moga dapat di aplikasi kan dalam hidup kita seharian.

p/s : untuk resolusi dan gambar yang lebih jelas, korang double-click video tu.

SEKIAN.




Monday 9 July 2012

Break.

ASSALAMUALAIKUM


Fyi, sekarang ni aku tengah menghadapi Cuti Musim Panas.
Memang Malaysia tengah musim panas gilerrr sekarang neh.
Terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama boleh skin cancer ye.
* Keluar rumah jangan lupa apply Sunscreen.

 Nur Adrena Qistina

Nur Alya Irdina

Dua bulan kot aku cuti.
seronok tak terkata !
Coursemate aku ada yang ambil shortsem, tapi aku?
HAHA. Malas tahap gaban nak ambil.

Bapa sedang melihat tapak projek.


Senyum :)


Aktiviti Cuti Musim Panas :

  • Jadi pembantu kedai. Berniaga,berniaga dan terus berniaga.
  • Ganti tido yang tak pernah cukup. 
  • Menatap wajah parents aku puas-puas, dapat pahala woo.
  • Online sampai lembam. Takde buffering weyh layan u-tube !
  • Buat kerja-kerja membantu ibu dan ayah. 
  • Memasak . Membeli makanan untuk brekpes.
  • Melayan karenah anak buah aku.
  • Merajinkan diri solat berjemaah di masjid yang jaraknya hanya beberapa meter.


SEKIAN. enjoy your holidays guys. have fun ! 



Bekok.

ASSALAMUALAIKUM


Actually aktiviti berkelah kat Air Terjun Bekok ni dah lama.
Kalau tak silap hujung bulan 4.
Bekok ni terletak di daerah Segamat.
Kira-kira sejam lebih dari Parit Raja,
merentasi daerah Ayer Itam dan Yong Peng.
Terletak jauh pedalaman dikelilingi dengan hutan.
* Penerangan ala rancangan travelog.



Heading to Segamat.
Dipandu oleh En Fadzli yang sangat berhemah.
Menaiki Toyota Angsa.
Berhati-hati di jalan raya.


Bersama geng-geng usrah.
Selamat sampai kat air terjun Bekok.
Semua kakas masak di bawa sekali.
Dah macam nak berkampung dalam tu je.


Bersama zul memunggah barang.
Beliau merupakan housemate aku.


Subhanallah. Indah ciptaan Allah.
Dengan deruan air yang sejuk. Bunyi cengkerik.
Boleh bayangkan? Hilang stres belajar aku.
* Harap-harap takde Virus Leptospirosis.



Pose mengalahkan pelancong asing !
Rase macam taknak balik je.
Picnic yang best sambil merapatkan lagi ukhwah fillah.
Di samping mendekatkan diri dengan ciptaan-Nya yang amat indah.

SEKIAN.




Sunday 8 July 2012

Bersawang.


Assalamualaikum.

Woahh, rasanya dah lama gilerr tak mencoret kat tempat neh !
Kesibukan melanda dibebani dengan tugasan, kuiz dan segala ujian.
Ditambah pula dengan access wifi di kolej yang macam haharemm,
ada masa laju tak menyempat dan sebaliknya.
Hilang selera aku nak menulis warkah kat belog usang neh.