Saturday 31 March 2012

Hormat-menghormati

       Kisah sepasang suami isteri yang sedang membeli belah di sebuah pasar raya. Isterinya mengisi ke dalam troli kesemua barang keperluan dapur seperti daging, sayur sayuran,buah buahan, minuman dan segala macam benda.

      Kemudian mereka lalu di lorong yang diisi dengan jus nanas. Lelaki itu amat menyukai jus nanas. Apabila sejenis hidangan itu ditambah dengan jus nanas, kita tidak pastikan apa yang lebih lazat baginya! Sebaik mereka menolak troli di lorong yang penuh dengan jus nanas, dia terus mencapai sebotol jus nanas dari atas rak lalu diletakkan ke dalam troli bersama-sama barang lain.

      Semua ini dilakukan secara spontan. Isterinya ketika itu membelakangkan troli. Apabila dia berpaling dan ternampak botol jus itu berada dalam troli, dia bertanya, " Ini apa?? "
Si suami membalas pendek " Itu jus nanas.. " Isterinya bertanya lagi, " Siapa pula yang meletakkannya ke dalam troli? ''
Lelaki itu keliru dengan soalan itu tetapi menjawab sahaja " Sayalah yang meletakkannya, siapa lagi kalau bukan saya? "
Wanita itu melontar dengan kata-kata sinis, " Kamu ada wang untuk membayarnya?? "

      Tindakan yang seterusnya memang tidak dapat dijangkakan. Wanita itu menyentap botol jus itu lalu menghempaskannya ke lantai. Ribuan serpihan kaca botol itu bersepai. Jus nanas yang bewarna kuning itu membasahi lantai. Dia memandang ke lantai, kemudian melemparkan jelingan tajam ke arah suami, lalu menolak troli menjauhi tempat itu.


       Lelaki itu melangkah keluar dari kedai dan menunggu isterinya di luar sahaja. Apabila isterinya muncul, dia memunggah ke dalam kereta semua barang-barang yang dibeli sambil air matanya membasahi pipi. Kita tidak dapat bayangkan betapa hatinya terluka. Lelaki itu sedar dia tidak mempunyai wang tetapi dia hanya mahukan sebotol jus nanas. Dengan satu tindakan sahaja, isterinya telah menunjukkan kepadanya yang dia tidak dipandang sebagai lelaki.


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak dibolehkan seseorang sujud kepada sesama manusia. Jika dibolehkan sujud kepada sesama manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak suami atas isterinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Bazzar)